Wednesday 13 July 2011

SEJARAH INTERNET

Sejarah Internet bermula rentetan daripada perlumbaan senjata di antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet. Pada tahun 1957, Kesatuan Soviet melancarkan satelit pertama mereka Sputnik 1 yang mencetuskan perlumbaan senjata di antara Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat apabila Dwight Eisenhower mewujudkan agensi ARPA (kemudian dinamakan sebagai DARPA) untuk mendahului dalam teknologi. ARPA melantik J.C.R Licklider untuk mengetuai organisasi IPTO yang baru dengan mandat untuk melanjutkan penyelidikan program SAGE bagi melindungi ruang udara AS daripada serangan nuklear. Di IPTO, Licklider mempromosikan gagasan manfaat mempunyai jaringan komunikasi di seluruh negara dan ini mempengaruhi pengganti selepasnya untuk mengambil Lawrence Roberts bekerja bagi melaksanakan visi tersebut.

Roberts mengetuai pembangunan jaringan berasaskan idea baru pengsuisan bingkisan (packet switching) yang ditemui oleh Paul Baran di RAND dan beberapa tahun kemudian oleh Donald Davies di Makmal Fizikal Kebangsaan UK. Satu komputer khas yang dipanggil Interface Message Processor (Pemproses Mesej Antara muka) dibangunkan untuk merealisasikan rekabentuk tersebut dan ARPANET mula beroperasi pada awal Oktober 1969. Komunikasi pertama dilakukan di antara pusat penyelidikan di Universiti California di Los Angeles dan Institut Penyelidikan Stanford.

Protokol jaringan pertama yang digunakan ARPANET adalah Program Kawalan Jaringan (Network Control Program). Pada tahun 1983, protokol ini digantikan oleh TCP/IP yang dibangunkan oleh Robert Kahn, Vint Cerf dan mereka yang lain. Penggunaan protokol ini seterusnya menjadi meluas di seluruh dunia.

Pada tahun 1990, ARPANET dibersarakan dan dipindahkan ke NSFNET. NSFNET kemudian disambungkan ke CSNET yang menyambungkan universiti-universiti di sekitar Amerika Utara dan kemudian ke EUnet yang menyambungkan kemudahan penyelidikan di Eropah. Dengan pengurusan bervisi yang dimainkan oleh NSF dan disemarakkan oleh kepopularan web, penggunaan internet meledak selepas tahun 1990. Ini menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat memindahkan pengurusannya ke organisasi bebas bermula tahun 1995.

p/s : selamat menambahkan lagi ilmu pengetahuan.. :)


9 comments:

  1. Info yang berguna. Blh cerita kat budak2 dalam kelas nanti ni...

    ReplyDelete
  2. bagus..tapi tak sangka awal penciptaannya hanya semata2 untuk perang....

    ReplyDelete
  3. Memang bagus artikel yg cikgu pilih nih.. berguna untuk guru dan murid sebagai sumber pengetahun.

    ReplyDelete
  4. Artikel yang baik untuk pengetahuan am kita, juga blog yang amat menarik.

    ReplyDelete
  5. menarik jugak sobri tentang sejarah internet nie..ramai yang tak tau nie..taniah sobri

    ReplyDelete
  6. ARtikel yang menarik dan berbentuk ilmiah dapat memberi pengetahuan kepada pembaca

    ReplyDelete
  7. artikel menarik. Tak pernah tau pun sebelum ni

    ReplyDelete