Friday 23 November 2012

DAH HUJUNG TAHUN 2012

 Lawak pun ada rasanya...last update januari...sekarang dah november.... setahun berlalu..penuh kesibukan...macam-macam aktiviti tahun ni. Sibuk sangat-sangat sampai tak sempat nak update...
Akhir tahun ni lagi la.... Semua kerja nak dihimpun disekalikan...lawatan, perkhemahan, peperiksaan, Majlis Anugerah. Dah cuti pun macam tak cuti, Program pertukaran pelajar, kelas tambahan, tugasan UUM...hahahaha...
Sempat tak agaknya nak bawa anak-anak bercuti......


Sunday 15 January 2012

2012

Bulan Januari 2012 dah masuk ke pertengahan...sedar tak sedar dah setahun aku di SKL...dah setahun jua meninggalkan SKTT, Ampang, Bukit Indah, Kosas, Taman Tasik dan Hulu Langat... Banyak benda yang berlaku dan banyak perubahan dialami tetapi ada jua yang masih seperti dulu...tidak berubah...
                         Sekolah tahun ni agak berat gak la..banyak tanggungjawab...banyak nak kena fikir...dengan UUM lagi yang alhamdulillah telah selamat menempuh final exam untuk sem 2...sem depan ntah mcm mana...alhamdulilla h aku ada ramai kawan yang saling membantu...sokongan keluarga yang tak berbelah bagi.. Kamera pun dah lama tak pegang...last hari tu masa berkelah dgn keluarga kat Bukit Perak..dapat cedok ilmu dari adik aku...hehehe
 Tanggungjawab sekolah? Fuhhhh...sabo ja la...aku org baru nak bersuara pun..... SU perayaan, ketua Kelab seni muzik, ketua bola baling, ketua jurulatih wakil sekolah... itu baru koko...nanti dah meeting kurikulum ngn hem ntah apa lg la nak datang...yang pastinya guru media n guru kelas dah pasti...BM dua kelas dgn muzik semua kelas tahun 5...rasa terbeban gak la...
Walau mcm mana pun hidup perlu diteruskan...walau apapun keadaan...sabar...tenang..usaha...
* 3 gambar di kawasan rekreasi Bukit Perak

Saturday 20 August 2011

MAAF ZAHIR DAN BATIN

              
           Hari raya aidilfitri akan menjelang lagi...tahun ini segalanya agak berbeza dari tahun-tahun sebelumnya...mungkin bagi aku tak jauh sangat perbezaannya sebab aku memang berasal dari sini, tapi bagi anak-anak aku ternyata banyak perbezaan yang mereka rasakan...maklumlah, sejak lahir mereka hanya mengenali Ampang dan Kuala Lumpur di bulan Ramadhan...semasa di sana perancangan raya hebat, segalanya hendak dibeli, hendak dibawa pulang ke kampung, kalau boleh dah sampai di kampung tu tak perlu beli apa-apa lagi. Mana tempat tak pergi, Jusco Maluri, Sogo, Jusco Keramat, Wangsa Maju, Jalan TAR, Damansara malahan semasa bulan puasa lagi segala pasar juadah disusun supaya dapat dikunjungi. Bukan hanya untuk anak-anak, sekali dengan mak pak borong habis-habisan, untuk mak ayah kat kampung, adik-adik, semuanya lengkap.
               Bila dah dekat nak cuti, segera hantar kereta untuk diselenggara, banyak juga duit guna  untuk pemeriksaan biasa dan kadang-kadang tu teracun juga menambahkan beberapa aksesori kereta walaupun sebenarnya semua itu tak perlu pun. Seminggu sebelum cuti dah kemas dah baju siap-siap dalam beg masing-masing...bukannya apa, semangat lebih kemudian takut ada yang tertinggal. Perjalanan balik kampung merupakan sesuatu yang sangat menarik dan penuh semangat perayaan. Kemeriahannya sangat dirasai, anak-anak sendiri sanggup tak tidur sepanjang jalan semata-mata hendak melihat kemeriahan, kesesakan penuh warna warni kenderaan dan manusia sepanjang lebuh raya utara selatan. Di setiap perhentian R&R lampu penuh bergemerlapan dengan gerai-gerai jualan tambahan kuih dan pakaian sempena hari raya disediakan. Lagu raya ni jangan cakap lah, semua radio memutarkannya dan sebaik berhenti rehat melangkah turun kenderaan juga masih kedengaran lagunya dan kali ini dari bazar-bazar yang disediakan pula. Kiranya perjalanan balik tersebut walaupun memakan masa hampir 6 jam, sangatlah berbaloi terutamanya apabila dah masuk ke jalan kampung melihat pelita sepanjang jalan seolah-olah menyambut kepulangan kami dan wajah yang paling ceria adalah wajah mak dan ayah yang menyambut kami pulang. Kadang-kadang sampai sebelum berbuka dan kadang-kadang sampai sebelum sahur...tapi waktu manapun sampai mereka setia menanti.
                 Tahun ini, suasana itu tiada lagi...mulanya aku merasakan mesti kemeriahannya semakin kurang, bulan puasa tahun ni aku tak merasa otak-otak, nasi bukhara kegemaran aku dan anak-anak, bihun sup suriati dan kaki ku tak lagi menjejak pusat-pusat membeli belah terkemuka. Tapi sebenarnya kemeriahan itu telah berganti, sebelum ini selama 8 tahun aku menginap di kondominium mewah di Ampang, bila balik ke sini dan berada di atas tanah rupanya banyak yang perlu dilakukan....anak-anak sangat teruja hendak bermain bunga api, langsir pun dah ditukar baru, alas meja makan, pinggan mangkuk, bekas kuih semuanya perlu..ini kerana kawan-kawan aku, kawan-kawan anak-anak nak datang beraya di rumah....sesuatu yang tak pernah berlaku sebelum ini. Anak-anak dah minta macam-macam dan terbaru terpaksa la aku keluarkan duit kemudian memanjat dinding rumah seharian memasang lampu raya yang tak pernah dipasang sebelum ini....tersenyum aku sendirian, mengenangkan aku pada masa kecil tak penah pun merasa lampu raya, habis sangat pun guna pelita buluh sahaja banyak-banyak keliling rumah. Anak-anak dah minta pasang pelita tapi aku masih dapat mengelak lagi sebab sekarang  hujan hari-hari...hehehe. Yang paling penting aku dapat meluangkan masa bersama ayah dan mak aku yang sudah semakin uzur, berbuka bersama mereka walaupun tidak setiap hari. Seronoknya melihat mereka begitu berselera ketika berbuka dengan keriuhan cucu-cucu....
                  Pakaian semuanya dah sedia, dan hanya tinggal beberapa perkara kecil sahaja lagi. Nampaknya tahun ni dapatlah aku memberikan pengalaman menyediakan lemang kepada anak-anak aku, perkara yang sudah 15 tahun aku tinggalkan. Aku nak ajar anak-anak aku menganyam ketupat palas dan membakar lemang dan insyaallah tahun ni kalau sempat kita main meriam buluh...hahahaha....
                  Ternyatanya Aidilfitri walau di manapun berada kemeriahannya ada cuma berbeza-beza....aku bersyukur pada Ilahi atas pemberiannya selama ini....15 tahun masa berlalu dan banyak kenangan dicipta...ada pahit...ada manis...dan bagi aku semua itu adalah pengalaman yang sangat berharga..terima kasih segalanya...
                 Kepada kawan-kawan....yang baru, yang lama, yang otai, semuanya, teman, rakan, sahabat...dengan penuh rasa insaf ku susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf  zahir dan batin atas segala kesalahan... SELAMAT HARI RAYA 2011

Sepasang Kurung Biru

Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang

Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku

Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku

Wednesday 13 July 2011

SEJARAH INTERNET

Sejarah Internet bermula rentetan daripada perlumbaan senjata di antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet. Pada tahun 1957, Kesatuan Soviet melancarkan satelit pertama mereka Sputnik 1 yang mencetuskan perlumbaan senjata di antara Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat apabila Dwight Eisenhower mewujudkan agensi ARPA (kemudian dinamakan sebagai DARPA) untuk mendahului dalam teknologi. ARPA melantik J.C.R Licklider untuk mengetuai organisasi IPTO yang baru dengan mandat untuk melanjutkan penyelidikan program SAGE bagi melindungi ruang udara AS daripada serangan nuklear. Di IPTO, Licklider mempromosikan gagasan manfaat mempunyai jaringan komunikasi di seluruh negara dan ini mempengaruhi pengganti selepasnya untuk mengambil Lawrence Roberts bekerja bagi melaksanakan visi tersebut.

Roberts mengetuai pembangunan jaringan berasaskan idea baru pengsuisan bingkisan (packet switching) yang ditemui oleh Paul Baran di RAND dan beberapa tahun kemudian oleh Donald Davies di Makmal Fizikal Kebangsaan UK. Satu komputer khas yang dipanggil Interface Message Processor (Pemproses Mesej Antara muka) dibangunkan untuk merealisasikan rekabentuk tersebut dan ARPANET mula beroperasi pada awal Oktober 1969. Komunikasi pertama dilakukan di antara pusat penyelidikan di Universiti California di Los Angeles dan Institut Penyelidikan Stanford.

Protokol jaringan pertama yang digunakan ARPANET adalah Program Kawalan Jaringan (Network Control Program). Pada tahun 1983, protokol ini digantikan oleh TCP/IP yang dibangunkan oleh Robert Kahn, Vint Cerf dan mereka yang lain. Penggunaan protokol ini seterusnya menjadi meluas di seluruh dunia.

Pada tahun 1990, ARPANET dibersarakan dan dipindahkan ke NSFNET. NSFNET kemudian disambungkan ke CSNET yang menyambungkan universiti-universiti di sekitar Amerika Utara dan kemudian ke EUnet yang menyambungkan kemudahan penyelidikan di Eropah. Dengan pengurusan bervisi yang dimainkan oleh NSF dan disemarakkan oleh kepopularan web, penggunaan internet meledak selepas tahun 1990. Ini menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat memindahkan pengurusannya ke organisasi bebas bermula tahun 1995.

p/s : selamat menambahkan lagi ilmu pengetahuan.. :)


Tuesday 12 July 2011

HARI SUKAN SK LANAI, KUPANG 2011

gb dan anak buah
bacaan ikrar

tetamu
persembahan pompom bawah pimpinan aku

sedia....mula....
geng2 hadiah

mencari pemenang
bersungguh2 untuk menang

acara lari berganti yg dinanti
geng tangga @ penjaga masa

kecewa
gembira

menunggu giliran
penyampaian hadiah

Sunday 10 July 2011

SUKANEKA & MERENTAS DESA SK LANAI, KUPANG

menunggu....
bersama kaunselor...

senamrobik

acara pra

tahun 1

memulakan larian

       
                             larian bermula
GB yang sporting

kutip gula-gula

acara pecah belon

pegawai-pegawai

anakku menerima hadiah...hehehe