Saturday 20 August 2011

MAAF ZAHIR DAN BATIN

              
           Hari raya aidilfitri akan menjelang lagi...tahun ini segalanya agak berbeza dari tahun-tahun sebelumnya...mungkin bagi aku tak jauh sangat perbezaannya sebab aku memang berasal dari sini, tapi bagi anak-anak aku ternyata banyak perbezaan yang mereka rasakan...maklumlah, sejak lahir mereka hanya mengenali Ampang dan Kuala Lumpur di bulan Ramadhan...semasa di sana perancangan raya hebat, segalanya hendak dibeli, hendak dibawa pulang ke kampung, kalau boleh dah sampai di kampung tu tak perlu beli apa-apa lagi. Mana tempat tak pergi, Jusco Maluri, Sogo, Jusco Keramat, Wangsa Maju, Jalan TAR, Damansara malahan semasa bulan puasa lagi segala pasar juadah disusun supaya dapat dikunjungi. Bukan hanya untuk anak-anak, sekali dengan mak pak borong habis-habisan, untuk mak ayah kat kampung, adik-adik, semuanya lengkap.
               Bila dah dekat nak cuti, segera hantar kereta untuk diselenggara, banyak juga duit guna  untuk pemeriksaan biasa dan kadang-kadang tu teracun juga menambahkan beberapa aksesori kereta walaupun sebenarnya semua itu tak perlu pun. Seminggu sebelum cuti dah kemas dah baju siap-siap dalam beg masing-masing...bukannya apa, semangat lebih kemudian takut ada yang tertinggal. Perjalanan balik kampung merupakan sesuatu yang sangat menarik dan penuh semangat perayaan. Kemeriahannya sangat dirasai, anak-anak sendiri sanggup tak tidur sepanjang jalan semata-mata hendak melihat kemeriahan, kesesakan penuh warna warni kenderaan dan manusia sepanjang lebuh raya utara selatan. Di setiap perhentian R&R lampu penuh bergemerlapan dengan gerai-gerai jualan tambahan kuih dan pakaian sempena hari raya disediakan. Lagu raya ni jangan cakap lah, semua radio memutarkannya dan sebaik berhenti rehat melangkah turun kenderaan juga masih kedengaran lagunya dan kali ini dari bazar-bazar yang disediakan pula. Kiranya perjalanan balik tersebut walaupun memakan masa hampir 6 jam, sangatlah berbaloi terutamanya apabila dah masuk ke jalan kampung melihat pelita sepanjang jalan seolah-olah menyambut kepulangan kami dan wajah yang paling ceria adalah wajah mak dan ayah yang menyambut kami pulang. Kadang-kadang sampai sebelum berbuka dan kadang-kadang sampai sebelum sahur...tapi waktu manapun sampai mereka setia menanti.
                 Tahun ini, suasana itu tiada lagi...mulanya aku merasakan mesti kemeriahannya semakin kurang, bulan puasa tahun ni aku tak merasa otak-otak, nasi bukhara kegemaran aku dan anak-anak, bihun sup suriati dan kaki ku tak lagi menjejak pusat-pusat membeli belah terkemuka. Tapi sebenarnya kemeriahan itu telah berganti, sebelum ini selama 8 tahun aku menginap di kondominium mewah di Ampang, bila balik ke sini dan berada di atas tanah rupanya banyak yang perlu dilakukan....anak-anak sangat teruja hendak bermain bunga api, langsir pun dah ditukar baru, alas meja makan, pinggan mangkuk, bekas kuih semuanya perlu..ini kerana kawan-kawan aku, kawan-kawan anak-anak nak datang beraya di rumah....sesuatu yang tak pernah berlaku sebelum ini. Anak-anak dah minta macam-macam dan terbaru terpaksa la aku keluarkan duit kemudian memanjat dinding rumah seharian memasang lampu raya yang tak pernah dipasang sebelum ini....tersenyum aku sendirian, mengenangkan aku pada masa kecil tak penah pun merasa lampu raya, habis sangat pun guna pelita buluh sahaja banyak-banyak keliling rumah. Anak-anak dah minta pasang pelita tapi aku masih dapat mengelak lagi sebab sekarang  hujan hari-hari...hehehe. Yang paling penting aku dapat meluangkan masa bersama ayah dan mak aku yang sudah semakin uzur, berbuka bersama mereka walaupun tidak setiap hari. Seronoknya melihat mereka begitu berselera ketika berbuka dengan keriuhan cucu-cucu....
                  Pakaian semuanya dah sedia, dan hanya tinggal beberapa perkara kecil sahaja lagi. Nampaknya tahun ni dapatlah aku memberikan pengalaman menyediakan lemang kepada anak-anak aku, perkara yang sudah 15 tahun aku tinggalkan. Aku nak ajar anak-anak aku menganyam ketupat palas dan membakar lemang dan insyaallah tahun ni kalau sempat kita main meriam buluh...hahahaha....
                  Ternyatanya Aidilfitri walau di manapun berada kemeriahannya ada cuma berbeza-beza....aku bersyukur pada Ilahi atas pemberiannya selama ini....15 tahun masa berlalu dan banyak kenangan dicipta...ada pahit...ada manis...dan bagi aku semua itu adalah pengalaman yang sangat berharga..terima kasih segalanya...
                 Kepada kawan-kawan....yang baru, yang lama, yang otai, semuanya, teman, rakan, sahabat...dengan penuh rasa insaf ku susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf  zahir dan batin atas segala kesalahan... SELAMAT HARI RAYA 2011

Sepasang Kurung Biru

Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang

Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku

Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku

Wednesday 13 July 2011

SEJARAH INTERNET

Sejarah Internet bermula rentetan daripada perlumbaan senjata di antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet. Pada tahun 1957, Kesatuan Soviet melancarkan satelit pertama mereka Sputnik 1 yang mencetuskan perlumbaan senjata di antara Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat apabila Dwight Eisenhower mewujudkan agensi ARPA (kemudian dinamakan sebagai DARPA) untuk mendahului dalam teknologi. ARPA melantik J.C.R Licklider untuk mengetuai organisasi IPTO yang baru dengan mandat untuk melanjutkan penyelidikan program SAGE bagi melindungi ruang udara AS daripada serangan nuklear. Di IPTO, Licklider mempromosikan gagasan manfaat mempunyai jaringan komunikasi di seluruh negara dan ini mempengaruhi pengganti selepasnya untuk mengambil Lawrence Roberts bekerja bagi melaksanakan visi tersebut.

Roberts mengetuai pembangunan jaringan berasaskan idea baru pengsuisan bingkisan (packet switching) yang ditemui oleh Paul Baran di RAND dan beberapa tahun kemudian oleh Donald Davies di Makmal Fizikal Kebangsaan UK. Satu komputer khas yang dipanggil Interface Message Processor (Pemproses Mesej Antara muka) dibangunkan untuk merealisasikan rekabentuk tersebut dan ARPANET mula beroperasi pada awal Oktober 1969. Komunikasi pertama dilakukan di antara pusat penyelidikan di Universiti California di Los Angeles dan Institut Penyelidikan Stanford.

Protokol jaringan pertama yang digunakan ARPANET adalah Program Kawalan Jaringan (Network Control Program). Pada tahun 1983, protokol ini digantikan oleh TCP/IP yang dibangunkan oleh Robert Kahn, Vint Cerf dan mereka yang lain. Penggunaan protokol ini seterusnya menjadi meluas di seluruh dunia.

Pada tahun 1990, ARPANET dibersarakan dan dipindahkan ke NSFNET. NSFNET kemudian disambungkan ke CSNET yang menyambungkan universiti-universiti di sekitar Amerika Utara dan kemudian ke EUnet yang menyambungkan kemudahan penyelidikan di Eropah. Dengan pengurusan bervisi yang dimainkan oleh NSF dan disemarakkan oleh kepopularan web, penggunaan internet meledak selepas tahun 1990. Ini menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat memindahkan pengurusannya ke organisasi bebas bermula tahun 1995.

p/s : selamat menambahkan lagi ilmu pengetahuan.. :)


Tuesday 12 July 2011

HARI SUKAN SK LANAI, KUPANG 2011

gb dan anak buah
bacaan ikrar

tetamu
persembahan pompom bawah pimpinan aku

sedia....mula....
geng2 hadiah

mencari pemenang
bersungguh2 untuk menang

acara lari berganti yg dinanti
geng tangga @ penjaga masa

kecewa
gembira

menunggu giliran
penyampaian hadiah

Sunday 10 July 2011

SUKANEKA & MERENTAS DESA SK LANAI, KUPANG

menunggu....
bersama kaunselor...

senamrobik

acara pra

tahun 1

memulakan larian

       
                             larian bermula
GB yang sporting

kutip gula-gula

acara pecah belon

pegawai-pegawai

anakku menerima hadiah...hehehe

Friday 8 July 2011

BERITA KEPADA KAWAN

Perjalanan ini
Terasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan

Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan

Tubuhku tergoncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap 
kering rerumputan

Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih ...

Kawan cuba dengar apa jawabnya
Ketika dia kutanya mengapa
Bapa ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Ku khabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari

Tetapi semua diam 
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkali di sana
ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Cuba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang

Thursday 2 June 2011

ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MUZIK







Terbahagi kepada 4 bahagian :
• ICT Sebagai Alat Penerokaan Dalam P&P Pendidikan Muzik
• ICT Sebagai Alat Komunikasi Dalam P&P Pendidikan Muzik
• ICT Sebagai Alat Apliksai Dalam P&P Pendidikan Muzik
• ICT Sebagai Alat Tutorial Dalam P&P Pendidikan Muzik

1. ICT Sebagai Alat Penerokaan Dalam P&P Pendidikan Muzik
• Definisi Penerokaan
Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga, 1996), perkataan Penerokaan bermaksud ‘perihal (perbuatan, usaha,penjelajahan)’ dilakukan berdasarkan pengalaman.


• Apa Maksud ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan
o Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk
- Mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dan sebagainya.
- Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi.
- Melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.
• Dalam pembelajaran penerokaan, pelajar boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT. Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial, di mana murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.

Penggunaan ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan Dalam Pendidikan Muzik
Pendekatan ini serasi dan menyokong pendekatan konstruktivisme, iaitu teori pembelajaran yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik, dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial.

Situasi Penggunaan Pendekatan Pembelajaran Penerokaan

ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran Penerokaan khususnya dalam bidang Pendidikan Muzik dalam situasi :
• Pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan.
• Pembelajaran yang menjurus penyelesaian masalah kehidupan sebenar.
• Aktiviti yang berkaitan Kajian Masa Depan.
• Aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi.

Kelebihan Penggunaan ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan Pendidikan Muzik
• Memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan kemajuan pembelajaran masing-masing.
• Mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.
• Memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.
• Memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti konstruktivisme, pelbagai kecerdasan (multiple intelligences) dan lain-lain.
• Merancang aktiviti pembelajaran penerokaan dalam pendidikan muzik dengan menggunakan ICT.
• Melaksanakan aktiviti pembelajaran penerokaan yang mengaplikasikan ICT.

2. ICT Sebagai Alat Komunikasi Dalam P&P
• Definisi Pemudah Komunikasi
ICT dikatakan diguna sebagai pemudah komunikasi kerana boleh membantu guru dan murid saling berinteraksi dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk
• Bagaimana Guna ICT Sebagai Pemudah Komunikasi Dalam p&p Muzik
o Terdapat empat teknik untuk komunikasi melalui ICT, iaitu:
Teknik Seorang – Sendirian
Teknik Seorang kepada Seorang,
Teknik Seorang kepada Ramai dan
Teknik Ramai kepada Ramai.
• Model pembelajaran kolaboratif menggalakkan penggunaan ICT sebagai pemudah komunikasi.


Kelebihan Guna ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi
• Boleh melaksana pembelajaran kolaboratif.
• Tingkat penglibatan murid dalam proses pembelajaran peer group yang bersifat global.
• Boleh melibatkan pakar di dalam dan luar negara dalam proses pembelajaran.

3. ICT Sebagai Alat Aplikasi
Definisi ICT Sebagai Alat Aplikasi
• ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat p&p.
• Perisian aplikasi khusus seperti editor grafik, Computer Aided Design (CAD) dan lain-lain, juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran muzik

Menggunakan ICT Sebagai Alat Aplikasi Dalam p&p Muzik
• Murid menggunakan perisian Encore untuk menghasilkan notasi lagu mudah.
• Memainkan semula dengan menggunakan peralatan muzik, lagu yang dihasilkan oleh mereka.
• Kemahiran membaca notasi secara “sight-reading” dengan cekap.
• Mengenal chord, jeda dan arpeggio dalam baluk.
• Murid mengenalpasti skel yang tertera di paparan/skrin.

Kelebihan Mengguna ICT Sebagai Alat Aplikasi
• Murid dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran.
• Pendedahan kepada kemahiran penggunaan komputer secara optimum.
• Meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran muzik dan ICT.
• Menikmati hasil ciptaan sendiri secara “live”
• Kenalpasti kelemahan/kesilapan dalam penciptaan lagu.
Penilaian Kendiri
• Murid mendengar kembali hasil ciptaan.
• Kenalpasti kesilapan melalui ‘playback’
• Memainkan hasil ciptaan secara individu atau berkumpulan dengan alat muzik.
• Mendengar dan menghayati secara kritis hasilan oleh rakan kumpulan yang lain.
• Memberi respon secara kritis dan kreatif terhadap hasilan.

4. ICT DALAM PEMBELAJARAN TUTORIAL
• Definisi ICT dalam Pembelajaran Tutorial
Suatu pembelajaran yang dijalankan dalam kumpulan kecil untuk membantu para pelajar dengan lebih dekat dan mendalam dalam sesuatu bidang ilmu.

• ICT Untuk Pembelajaran Tutorial Pendidikan Muzik
Menyampaikan kandungan dan pembelajaran melalui penggunaan ICT berdasarkan urutan yang ditetapkan. Pembelajaran ini merangkumi:
Proses ekspositori ( guru menyampaikan maklumat kepada pelajar yang pasif)
Demonstrasi yang menunjukkan suatu fenomena ,
sistem yang mengawal urutan kandungan tutorial.
Latihan atau latihtubi yang disampaikan dan dikawal oleh sistem.

• Peralatan ICT Yang Digunakan Dalam Pembelajaran Tutorial
Komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD – ROM , Cakera Keras dan Laman Web.
• Perisian tersebut mengandungi :
Mempersembahkan maklumat.
Membimbing.
Menyediakan / memberi latihan.
Menilai pencapaian.

Perkara Yang Perlu Diberi Pertimbangan Oleh Guru Sebelum Menggunakan
Pendekatan ICT Tutorial Untuk Pendidikan Muzik
• Menilai terlebih dahulu perisian yang terdapat sebelum ia digunakan.
• Pastikan peralatan ICT yang sesuai untuk menjalankan perisian.
• Pastikan pelajar ada kemahiran asas mengendalikan ICT.
• Menggunakan ICT apabila difikirkan perlu.
• Mengambil kira tentang lokasi peralatan.
• Penggunaan secara berkumpulan atau individu.
• Penggunaan di dalam dan di luar waktu persekolahan.
Manfaat Pendekatan ICT Dalam Tutorial Pendidikan Muzik
• Guru dapat memberi tumpuan kepada pelajar lemah manakala pelajar cerdik menggunakan komputer secara kendiri.
• Guru dapat menyediakan bahan P&P bagi merancang pembelajaran menggunakan komputer untuk penyeliaan guru ganti.
• Guru dapat menggunakan perisian yang kursus untuk pelajar yang lemah.
• Guru dapat menyediakan aktiviti pengayaan untuk pelajar cerdik.

Kelebihan Menggunakan ICT Tutorial Pendidikan Muzik
• Pembelajaran dapat dijalankan secara individu.
• Pembelajaran mengikut kemampuan kendiri.
• Dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk pelajar.
• Pembelajaraan berjalan tanpa penyeliaan guru yang minimum.

Wednesday 1 June 2011

SELAMAT DATANG

Apabila dah ada blog...maka banyakla yang perlu ditulis...tapi belum tentu digelar penulis atau blogger sejati...kerana...mungkin aku hanya sekadar pengguna blog dan belum layak mendapat gelaran itu...apa-apapun..segala maklumat mengenai apa sahaja yang terlintas dan terpandang dan berjaya di'klik' oleh D5000 aku akan dipaparkan mengikut kesesuaian...kandungan dan...waktu... :)